BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 1, 2010

Setelah menyepi aku kembali.....

Kembali berblog. Sebelum ini banyak membuang masa membuat perkara tidak berfaedah tetapi ada juga beberapa yang berfaedah....

Perkara berfaedah:-

  • Melihat alam ciptaan Allah S.W.T dengan sebenar-benar melihat memberi impak yang besar di dalam jiwaku.
  • Memberi perhatian di dalam kuliah membuat aku terfikir bagaimana manusia dahulu kala mendapat ilham atau idea mencipta sesuatu itu (merujuk kepada subjek microprocessor).
  • Merenung kembali kesilapan-kesilapan yang dilakukan dahulu kala.
Kurang & Tidak berfaedah
  • Menonton Wayang - Ip man 2 penuh aksi yang mendebarkan. 2 hari berikutnya Iron Man 2 pula. Apa-apa pun prefer Ip Man 2 daripada Iron Man 2
  • Berangan menubuhkan satu pasukan elit di mana ahlinya mempunyai kepakaran alam bidang masing-masing. [Gregory House (House M.D)+ George Malley(Phenomenon)+ Clyde Shelton(Law Abiding Citizen) +.....banyak lagi yang aku sendiri tak ingat ketika menulis blog ini]
  • Tidur berlebihan yang boleh melembapkan kepala otak sendiri

Allah The Almighty please help me by giving me a strength to improved myself to be a better Muslim in everyday of my life. Ameen....

Friday, April 16, 2010

Mencari Konklusi

Boring???
Padahal banyak je keje yang berfaedah bole wat.......
Malas punca jadi boring..........
Nah dah tau solution tapi still lepak.......
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian.


~aku dah mula malas menulis secara formal~

Thursday, April 15, 2010

Halalan Toyyiban....

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud; pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.

Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.

sumber - artikel IKIM

Tadi di masjid berdekatan dengan rumah ada membuat majlis tahlil arwah selepas solat maghrib. Selepas solat isyak pula selalunya ada jamuan makan malam atas tajaan persendirian. Semasa aku tengah menjamu selera sambil berkongsi hidangan lauk bersama-sama orang yang berusia (masjid banyak orang tua sahaja..muda mudi ke mana la agaknya...bertanya pada diri sendiri juga) timbulah situasi yang aku dari dulu lagi tak suka. Takpe muda lagi...masa ni la nak makan semua..Bukan apa aku terfikir juga muda-mudalah kena menjaga kesihatan dengan cara mengambil diet permakanan yang seimbang. Kalau muda-muda lagi dah menyumbat semua makanan ke dalam perut, lagi cepatlah dapat penyakit.

Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (AL-Kahfi-28)

Wednesday, April 14, 2010

Hidup dan nasib...roller coaster


Ada masanya aku suka berteman
Ada masanya aku suka bersendiri
Ada masanya aku suka berjalan
Ada masanya aku suka berehat

Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka

Hidup dan nasib roller coaster
Susah dan senang bersilih ganti
Bila-bila boleh naik dan turun
Apokalips

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Lagu : Apokalips
Artis : M.Nasir

Makna tersurat dan tersirat dalam lagu ini mencuri perhatian aku....
Cara penyampaian oleh sifu pula yang begitu kreatif menghiburkan aku...

So whatever happens this song is fuckin' great!!!

~3 pusingan~


Senaman petangku hari ini perkara yang amat mudah dan mampu dilakukan oleh umat manusia yang sempurna fizikal kakinya iaitu BERLARI.
Hanya 3 pusingan dalam anggaran 3 km yang mampu disempurnakan hari ini.

Selepas itu aku menonton pula salah satu rancangan kegemaran, Ninja Warrior. Berkobar-kobarlah semangat ini untuk menjadi seperti para peserta yang berjaya iaitu mempunyai kekuatan fizikal dan mental yang amat tinggi. InsyaAllah besok nak pecah rekod dan meningkatkan stamina tubuh badan .......


~Kurang berdisiplin dan malas musuh tradisi~

Tuesday, April 13, 2010

Pembersihan harta....

Aku menjejakkan kaki ke Pejabat Agama Islam di bandaraya Ipoh atas niat menunaikan Rukun Islam keempat iaitu berzakat. Simpananku selama ini telah menyebabkan aku wajib zakat....
Syukur alhamdulillah terlaksana juga niatku itu
.


Di seberang pejabat tersebut berdiri megahnya sebuah Bank Simpanan Nasional. Sudah 5 tahun tidak mengemaskini akaun. Atas dasar cintakan wang ringgit ($$$) lalu pergilah membawa diriku ini mengemaskini akauan. Mujurlah masih ada duitku yang "berjuta-juta" di dalam itu. Dunia dah maju selepas ini boleh memeriksa baki akaun menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas sahaja.

~2 perkara dalam satu hari selesai~

Opening ceremony...

Testing...testing...123 cubaan blog 123....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Saya dengan ini merasmikan blog cubaan pertama saya yang di beri nama Jenglotopia (Jenglot+Utopia).Bersama-samalah kita membina satu era kegemilangan jenglot.....

~Live with prosperity and to die with dignity~