BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, April 15, 2010

Halalan Toyyiban....

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab di mana kata kerjanya ialah halla, yahillu, hillan yang membawa erti membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan. Apabila ia digunakan di dalam bidang perundangan Islami ia membawa maksud; pertamanya segala sesuatu yang menyebabkan seseorang itu tidak dihukum jika menggunakannya dan keduanya sesuatu yang boleh dikerjakan menurut syarak.

Apa yang lebih menarik tentang konsep makanan dan rezeki halal yang disebut di dalam al-Quran ialah kata sifat “toyyib” yang mengekorinya. Toyyib (atau toyyibah; toyyibat atau tuuba sebagai jamak) dari segi makna ialah sesuatu yang baik atau elok atau yang berlawanan dengan yang buruk. Jadi apabila disebut “halalan toyyiban” ia memberi maksud sesuatu yang halal yang bersifat baik atau elok.

Secara mudah, arahan Allah s.w.t supaya kita makan bukan terhenti setakat memakan makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu. Justeru kita disuruh memakan makanan yang halal yang bersifat elok atau tinggi mutunya. Begitu juga dengan sumber rezeki yang kita usahakan bagi mendapatkan makanan halal. Ia sepatutnya terhasil daripada usaha yang halal lagi berkualiti. Penekanan terhadap unsur mutu usaha ini penting kerana rezeki yang diperolehi tadi tentunya lebih baik dan lebih diberkati oleh Allah s.w.t. berbanding rezeki yang dijana daripada kerja atau usaha yang bersifat ala kadar. Tambahan pula kita akan menggunakan rezeki tadi untuk memenuhi keperluan harian diri dan keluarga.

sumber - artikel IKIM

Tadi di masjid berdekatan dengan rumah ada membuat majlis tahlil arwah selepas solat maghrib. Selepas solat isyak pula selalunya ada jamuan makan malam atas tajaan persendirian. Semasa aku tengah menjamu selera sambil berkongsi hidangan lauk bersama-sama orang yang berusia (masjid banyak orang tua sahaja..muda mudi ke mana la agaknya...bertanya pada diri sendiri juga) timbulah situasi yang aku dari dulu lagi tak suka. Takpe muda lagi...masa ni la nak makan semua..Bukan apa aku terfikir juga muda-mudalah kena menjaga kesihatan dengan cara mengambil diet permakanan yang seimbang. Kalau muda-muda lagi dah menyumbat semua makanan ke dalam perut, lagi cepatlah dapat penyakit.

Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (AL-Kahfi-28)

0 comments: